Sebanyak RM4 juta diperuntukkan kerajaan Pusat untuk melaksanakan projek mengecat 10 buah rumah pangsa membabitkan 1,800 unit dan membaik pulih 1,000 rumah rakyat miskin di Parlimen Nibong Tebal.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, peruntukan tersebut diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melakukan lawatan kerja di Parlimen itu April lalu.
Beliau berkata, kedua-dua projek itu membabitkan peruntukan RM2 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.
"Peruntukan itu bukan daripada dana Ahli Parlimen walaupun ada masyarakat menyatakannya.
"Saya mewakili rakyat di sini telah memohon peruntukan tersebut daripada Perdana Menteri bagi melaksanakan projek mengecat semula rumah pangsa dan membaiki bumbung serta lantai rumah rakyat miskin di sini," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Penyelenggaraan Perumahan Bertingkat di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Taman Desa Jawi di sini.
Zainal Abidin yang juga Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kedua-dua projek tersebut bertujuan memberikan keselesaan kepada rakyat termasuk yang miskin.
Beliau juga kesal kerana kerajaan negeri tidak membenarkan peralatan mengecat dua rumah pangsa diletakkan di kawasan itu, termasuk memasang papan tanda dan menggunakan bekalan air di kediaman terbabit.
"Rumah pangsa milik kerajaan negeri tersebut ialah di Taman Desa Jawi dan Jalan Canda Shariff.
"Kerajaan negeri sepatutnya bersyukur kerana projek penyelenggaraan di rumah pangsa terbabit tidak meminta peruntukan daripada mereka," ujarnya.
Sedia terus berlawan dan Zahid yang sombong
8 minutes ago



+ comments + 1 comments
alahai orang penang. mana semangat juang kamu semua yang kamu dok megah sangat dulu tu. la ni kamu rasa macam mana , baik ka nasib hampa. depa bagi bantuan banyak dekat hampa semua ....kan...kan...kan. seronok nya hampa semua la ni. piang...
Post a Comment