.

Nelayan Bagan Dalam dilema,Adun DAP leka tidur.

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Ujong Batu, Bagan Dalam di sini menggesa kerajaan negeri campur tangan berhubung isu jalan masuk ke Jeti Nelayan Ujong Batu yang didakwa telah dibeli sebuah syarikat swasta awal tahun ini.

 Masalah timbul apabila jalan masuk ke jeti itu yang sudah digunakan nelayan sejak 50 tahun lalu, akan ditutup oleh syarikat terbabit untuk menjalankan perniagaan membekal alat ganti kereta di situ. Pengerusi PNK Ujong Batu, Alias Othman berkata, pihak PNK telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan syarikat berkenaan, namun gagal mencapai kata sepakat.

 "Hasil perbincangan itu, pemilik tanah enggan memberi kebenaran kepada nelayan untuk melalui jalan itu," katanya ketika ditemui dalam majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini kelmarin.
Share this post :

+ comments + 1 comments

18 October 2012 12:20

Pru 13 nanti jumla kita pakat-pakat pangkah dap lagi...

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger