Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pakatan Rakyat "dengki dan iri hati" apabila sengaja memperbesar-besarkan isu majlis perkahwinan 'mega' anak lelakinya.
Beliau berkata, perkara itu hanyalah mainan politik pembangkang dan beliau tidak kisah apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.
"Dia orang ini memang dengki dan tak ada kerja lain, gasak dia oranglah nak buat apa.
"Orang nak datang rumah saya sampai 130,000 sehingga dicatat dalam MBR (Malaysia Book Of Records) apa saya boleh buat, nasib baik anak saya kahwin kalau saya kahwin lagi ramai orang datang.
"Mereka datang pun kerana mereka menyokong BN, tetapi yang bukan penyokong BN pun ramai yang datang," katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh semalam.Beliau sekali lagi berjenaka apabila ditanya mengenai adakah beliau bercadang untuk mengisytiharkan segala perbelanjaan dalam majlis perkahwinan berkenaan.
"Saya minta Lim Kit Siang isytiharlah masa dia kahwin berapa belanja dan Lim Guan Eng kahwin dulu berapa belanja, Mat Sabu kahwin dulu berapa belanja, menteri-menteri besar di kahwin dulu berapa belanja, suruh di isytihar," katanya.
Sementara itu, beliau turut ditanya mengenai tindakan pembangkang Melaka yang membuat laporan isu berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
"Terpulanglah padanya nak buat apa sebab ini negara demokrasi," katanya



Post a Comment