"Warna yang terdapat pada perkataan tiga itu iaitu merah, kuning dan hijau adalah warna-warna yang kita belajar di sekolah. Jadi saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba untuk mensensasikan warna pada angka tiga di poster filem ini," katanya. Filem yang menampilkan Farid, Kamal Adli, Diana Amir, Along Eyzendy, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi ini telah menjalani penggambaran pada Mac tahun lalu. Filem genre aksi komedi ini menjalani penggambaran selama 25 hari dan dibuat sekitar Pulau Pinang. Mengisahkan mengenai satu geng rompakan yang terkenal di Pulau Pinang yang diketuai oleh megat (Farid Kamil). Megat seorang yang cekap dalam merancang strateginya sehingga Pihak Polis tidak berjaya menangkapnya. Megat mempunyai seorang adik perempuan, Lina (Diana Amir) yang amat disayanginya kerana hanya Lina sahajalah di dunia ini. Lina langsung tidak tahu mengenai kegiatan abangnya.
Berlaku satu cubaan ragut terhadap Lina, yang mana Lina telah diselamatkan oleh Fumi (Kamal Adli). Pertemuan pertama dengan Lina telah membibitkan perasaan sayang dan cinta di antara mereka sehingga mahu berkahwin. Megat yang sayangkan adiknya terpaksa menerima Fumi sebagai adik iparnya. Megat mula menunjukkan dunianya yang sebenar kepada Fumi. Megat dan Fumi bekerjasama dalam melakukan rompakan namun setiap rompakan mereka berjaya dipatahkan oleh pihak Polis. Megat mula syak yang ada pengkhianat dalam gengnya sendiri. Keadaan mula huru-hara di antara mereka, namun Megat dengan bongkaknya teruskan juga kegiatan dan akhirnya menjadi buruan Polis sehingga banyak nyawa yang melayang kerana kedegilannya. Secara keseluruhan, penulis rasakan, filem ini tidak jauh bezanya dengan filem garapan Farid sebelum ini, Kongsi.
Namun, aksi komedi dalam Pe3 lebih santai berbanding Kongsi, seperti dari segi jalan cerita, aksi. Malah, pada pendapat penulis, garapan Kongsi jauh lebih menghiburkan berbanding Pe3. Bagaimanapun, tetap ada keistimewaannya dengan komedi segar dan gandingan beberapa pelakon yang mantap seperti Along dan Tai serta Kamal sendiri. Kemungkinan plot yang sedikit perlahan menyebabkan ada timbul kebosanan menonton filem ini. Cuma beberapa babak mencuit hati, berjaya menghiburkan penonton.
Namun, dalam masa yang sama pujian harus dilayangkan kepada Farid kerana berjaya membuat satu pengakhiran yang tidak dijangka dan pada penulis, setiap persoalan yang timbul pada permulaan cerita di jawab satu persatu pada penghujung cerita. Justeru bagi mengetahui siapakah pengkhianat tersebut dan apakah nasib Megat? Saksikan kesudahannya yang penuh dengan aksi gempak dalam PE3 yang sudah mula ditayangkan di pawagam semenjak semalam.



Post a Comment