.

Pemimpin BN 'bacul',takut kalah debat dengan PKR-Izzah

Nurul Izzah Anwar mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berdebat mengenai masalah yang dihadapi penduduk Lembah Pantai. “Saya sedia berdebat tentang isu penduduk, perumahan dan apa-apa saja demi kebajikan rakyat,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada media pro pembangkang. “Kalau Presiden Amerika (Barack Obama) boleh berhujah dengan pesaingnya, kenapa kita tidak?” tegas Naib Presiden KEADILAN itu.

Media pro pembangkang minggu lalu melaporkan kezaliman Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) yang mahu menukar Kompleks Niaga Utama Bandar Utama Bangsar (KNUBUB) menjadi pangsapuri tanpa menyediakan tapak alternatif kepada peniaga. Lebih malang apabila Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, langsung tidak berusaha menolong peniaga di situ.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bertindak zalim apabila mengarahkan peniaga pasar malam Kampung Kerinchi menghentikan perniagaan bagi memberi laluan projek pembangunan di kawasan itu. Kerajaan tetap berdegil meneruskan kedua-dua pembangunan tersebut dengan mengetepikan kesusahan penduduk.
Share this post :

+ comments + 4 comments

Anonymous
18 October 2012 16:38

Tak takut aiii, kalau tak takkan PM anjurkan Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri.

Anonymous
18 October 2012 17:52

Elleh.. cabar debat konon. Ahmad Maslan dtg sorang2 jer, ko dgn 4 ekor barua lain terus batalkan PC & lari. Knp x tggu je apa Ahmad Maslan nak ckp?

Anonymous
18 October 2012 21:22

Ckp x guna...xtakut langsung.bn,bile nk debat dgn diaorg.bn xtakut,bn x mengelak.ape lagi bn.bile nk debat ngan diaorg ni.ajar diaorng ni.

Anonymous
19 October 2012 11:42


Jemput Dato Nallkaruppan sekali lah dlm debat nnt jika jadi OK Izzah..ada berani??.

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger