.

Shila utamakan China.

KEBELAKANGAN ini nama penyanyi yang semakin ayu mengenakan hijab sejak Ramadan lalu, Shila Amzah mekar meniti di bibir-bibir peminat hiburan tanah air. Hal ini berikutan kejayaannya yang berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan Shanghai Asian Wave yang diadakan pada 20 September lalu.

 Kejayaan Shila meraih kejuaraan itu membolehkannya memperoleh dana bernilai lebih RM1 juta, merangkumi rakaman album, konsert dan promosi albumnya di China. “Buat masa ini, keutamaan kerja saya adalah di China kerana sekarang saya berada di bawah pengurusan Shanghai Media Group di mana mereka sudah merancang konsert jelajah saya di sana," katanya. Tambah Shila, "selain itu, saya turut diundang untuk menjadi artis pembukaan konsert penyanyi terkenal serta juri yang mengadili pertandingan Shanghai Asian Wave, Erik Moo pada November ini."

 Sementara itu, dalam usahanya untuk mencipta nama di bumi China, Shila juga sudah mendaftar dan menghadiri kelas Mandarin untuk mengasah lagi pertuturannya dalam bahasa itu. “Saya kini sudah memasuki kelas bahasa Mandarin kerana kalau kita mahu menambat hati peminat di sana, kita kena menguasai bahasa mereka dulu,” katanya yang akan menyanyikan lagu Mandarin ciptaan penyanyi terkenal Taiwan Wong Lee Hom dalam albumnya akan datang.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger