Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan kem promahasiswa menguasai 28 kerusi pada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 yang diadakan pada Selasa lalu.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, dakwaan berhubung promahasiswa berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan adalah tidak benar.
Katanya, mahasiswa yang melabelkan diri mereka daripada kedua-dua kem tersebut perlu tampil memberi butiran bagi membuktikan promahasiswa menjuarai pilihan raya kali ini.
“Kenyataan ini adalah daripada pihak luar dan bukannya pihak universiti. Pilihan raya kampus UIAM bukannya untuk menimbulkan dua puak sebaliknya calon bertanding memperjuangkan manifesto kebajikan pelajar dan mendokong aspirasi universiti,” katanya pada sidang akhbar sempena Konvokesyen UIAM ke-28 di sini semalam.



+ comments + 1 comments
yg penting tetap KALAH..bukti pelajar kitA mau belajar.. bukan MAU BELAJAR JADI kurang ajar...
Post a Comment