.

UMNO banyak salah,ulama boleh tegur-Exco Pemuda UMNO.

Exco Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin berkata, tidak ada masalah jika golongan ulama mahu menegur pemimpin parti sekiranya melakukan sesuatu yang ‘tidak kena’ memandangkan ia salah satu peranan ulama. Menurutnya, apa yang penting ialah masyarakat dan pemimpin diberi kefahaman yang cukup jelas mengenai peranan ulama iaitu mesti bersifat tawaduk dan mampu menyumbang sesuatu dalam agama Allah S.W.T. “Saya berharap agar ulama berada dalam masyarakat yang mampu menegur pemimpin, bukan saja dalam Umno tetapi mana-mana pemimpin negara ini,” kata beliau kepada media di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

 Pada masa yang sama, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara seperti itu perlu dibahas secara terbuka dengan tertib. Beliau menambah, mana-mana pemimpin masyarakat patut ditegur secara terbuka jika melakukan kesalahan yang melibatkan hak rakyat. "Soal masalah awam boleh dicakap dengan terbuka. Tetapi kita tak patut memaki, jadi orang profesional,” kata Asri. Pada masa yang sama, Syahrin yang juga merupakan Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Malaysia turut bersetuju dengan kenyataan Asri mengatakan pemimpin juga boleh ditegur secara terbuka oleh ulama. “Pemimpin Umno sendiri juga akan berasa ‘panas telinga’ dalam setiap mesyuarat yang diadakan. Jadi ketika inilah ulama boleh memainkan peranan dan menjadikan platform ini untuk menegur mana-mana pemimpin,” ujarnya.

 Menurutnya, ruang untuk ulama menegur pemimpin Umno sentiasa terbuka luas dan tidak akan dihalang kerana ia juga merupakan salah satu peranan ulama. “Pemimpin Umno turut memerlukan bantuan pakar dalam sesetengah perkara melibatkan ulama, pakar-pakar agama seperti ulama ini juga penting untuk mendengar masalah yang dihadapi pemimpin parti. “Tetapi sejauh mana platform untuk menegur ini digunakan, tepuk dada, tanyalah selera,” katanya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
24 October 2012 12:27

tu le sebenor nye fungsi ulama...tegur mana yg tak betul...bukan mcm parti pimpinan wali selipar tu..tak boleh nak ditegur...!!

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger