Bekas Ketua Polis Negara semakin Pro-Pakatan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa beliau memimpin pasukan tersebut. Beliau berkata, semasa pimpinannya, pegawai junior dan seorang ketua polis daerah pernah menerima arahan daripada seorang menteri tanpa pengetahuannya.

 Menurutnya, tindakan menteri tersebut adalah tidak wajar dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang. “Saya berdepan dengan menteri tersebut dan menerangkan dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis. “Walaupun saya tahu beliau tidak suka dengan penerangan itu, tetapi saya menyampaikan dengan cara baik,” katanya pada sidang media isu peningkatan jenayah, semalam.

 Turut sama, Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevam dan Penasihat MyWatch, S Gobikrishnan. Musa yang telah memegang jawatan sebagai KPN selama empat tahun mengakui ada menerima aduan daripada pegawai polis yang mendakwa menerima arahan daripada menteri. Menurutnya, pihak pengurusan tertinggi PDRM perlu melihat keadaan ini bagi memperbaiki mutu kerja dan profesionalisme polis.

Admin Utaranews

4 comments:

  1. biasa lah cam tu apa salahnya diberjumpa secara senyap dengan mereka yang berkenaan jika tak puas hati, saya nak bertanyalah pada musa hassan ni apa tujuan beliau membuat kenyataan terbuka seperti itu? betul ke cara dia atau nak balas dendam yang lama terpendam? tentu dia orang yang paling gembira jika kerajaan BN tumbang.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak cerita pasal menteri beri arahan dia lupa ka masa Nuar jadi TPM dulu dia pernah beri arahan pada PDRM, SB supaya "gempaq sikit budak ni" maksudnya Umi Hafilda yang buka tembelang perangai setannya suka pungkoq dan tutuh kak ipaq dia. Barangkali Musa maksudkan menteri ni yang tengah dok gila nak jadi PM pulak.

    ReplyDelete
  3. Ingat menteri semua .isu begini akas menjatuhkan geraf sokongan kepada BN. kami sekarang dah bolih baca dalam internet. kelakuan buruk pak menteri kerajaan dan mp pembangkang juga kami tahu. dah ramai kena londeh. berani kerana benar....

    ReplyDelete
  4. TAK baik peel Atuk nii....kita kerja ngan gomen sumpah simpan rahsia...ingat keja sama ada gomen PR ke gomen BN ke.. memang ada lagu tu..kat opis sendiri pun ada berlaku lagu tuu.. sesekali..x pro langsung!!.

    ReplyDelete

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa