.

Gigit leher kerana cemburu,guru Yoga dipenjara.

Gara-gara menggigit teman wanita sehingga cedera ekoran perselisihan faham Sabtu lalu, seorang guru yoga dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

 Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu ke atas Khoo Ling, 39, selepas lelaki itu mengaku bersalah melakukan perbuatan itu. Khoo Ling yang tidak diwakili peguam bela memberitahu mahkamah, perbuatannya itu tidak disengajakan dan ketika itu dia berada dalam keadaan tertekan kerana ibunya sedang sakit tenat.

 "Saya tahu saya bersalah, tapi saya masih sayangkan teman wanita saya dan mahu kembali hidup bersamanya," katanya. Lelaki itu dituduh dengan sengaja mencederakan Chin Jia Wen, 25, seorang perunding pemasaran di rumah beralamat No. 31, Jalan Wangsa Budi 7, Wangsa Melati di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 27 Oktober lalu.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger