Isteri durjana cerai suami untuk ikut lelaki lain.

Seorang suami sanggup turun naik tangga Mahkamah Tinggi Syariah di sini lebih 22 kali semata-mata untuk mengesahkan status perkahwinan selepas diceraikan oleh isterinya dengan menggunakan surat cerai taklik palsu kira-kira dua tahun lalu. Kesungguhan Yusri Ahmad Jusoh, 55, itu berbaloi apabila mahkamah tersebut pada 8 Novemver lalu memutuskan bahawa perkahwinannya dengan Intan Fazilah Othman, 35, pada 29 Januari 2009 sebagai sah.

 Bagaimanapun, dia terus berdepan dengan kekecewaan apabila isterinya masih tidak pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu mahkamah membuat keputusan tersebut. Malah ketika dia cuba menghubungi isterinya itu secara baik, seorang lelaki yang menjawab panggilan telefon telah memberi amaran kepadanya supaya jangan mengganggu wanita itu. “Ketika mahkamah membuat keputusan tersebut, dia dan saya berada di hadapan hakim mendengarnya. Kami faham dengan perintah yang dikeluarkan itu. “Tetapi selepas selesai kes di mahkamah, dia terus keluar dan menghilangkan diri. “Keesokannya saya dapat menghubungi telefon bimbit Intan Fazilah tetapi saya terkejut apabila seorang lelaki memberi amaran jangan mengganggu wanita itu sedangkan dia isteri saya yang sah,” katanya ketika di temui media di sini semalam.

Akhbar pada Mac 2011 lalu melaporkan Yusri yang merupakan seorang peniaga kecewa selepas ikatan perkahwinannya terputus apabila isterinya menghantar surat perceraian taklik dari negara jiran. Lebih mengejutkan, Yusri mendakwa surat taklik yang dihantar oleh Intan Fazilah itu rupa-rupanya palsu setelah dia membuat pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Songkhla. Dua bulan kemudian, dia membuat permohonan terhadap status perkahwinannya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini dan prosiding kes tersebut berlarutan selama dua tahun apabila mahkamah memutuskan perkahwinan mereka masih sah pada 8 November lalu. Yusri menjelaskan, sehingga kini dia masih gagal menghubungi isterinya itu untuk berbincang mengenai keputusan mahkamah terbabit bagi merancang masa depan termasuk nasib seorang anak perempuan hasil perkahwinan mereka yang sehingga kini dia tidak dibenarkan berjumpa.
Share on Google Plus

ADMIN

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments :

  1. 1) Laki 55 thn, bini 35 thn beza 20 thn oh.....boleh layan ka? 2) depa ada anak ka? 3) betina dah tak buloq, tunggu apa lagi, jgn jadi jantan dayus. 4) ini kes main bini orang, buat lapuran saja la.

    ReplyDelete