Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 12.15 pagi itu, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, yang memandu kereta bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakan di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin.
Menurut mangsa, ketika kejadian, dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah ditutup.
Katanya, ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan penunggang motosikal tersebut menjatuhkan motosikalnya di hadapan kereta mangsa.
"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.
"Apabila saya keluar daripada kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta,” katanya.
Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam ”dashboard” keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini.



Post a Comment