Perompak maut berbalas tembakan umpama filem Hong Kong,

Polis menembak mati seorang suspek kes rompak sebuah bank yang kerugian RM202,800 pada 5 November lepas, dalam kejadian di Kampung Chubadak, Jalan Datuk Senu 3 di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, seorang lagi rakan suspek yang turut berada di dalam kereta jenis Toyota Vios, melarikan diri dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi .

 Beliau berkata, kejadian berlaku apabila pasukan khas polis yang dibentuk untuk menyiasat kes itu mengesan kereta sebuah BMW putih di Greenwood, Gombak, yang digunakan dalam rompakan bank di Seri Damansara itu. "Menyedari diekori, pemandu BMW memecut laju kereta itu dan berhenti di Plaza Tol Gombak sebelum menaiki kereta Toyota Vios yang menunggu di situ."

 "Suspek dan polis berbalas tembakan ketika kereta itu dikejar sejauh 15km," katanya. Dalam keadaan kelam kabut itu, kereta Vios tersebut terbabas sebelum merempuh tembok sebuah madrasah di lokasi kejadian,” katanya. Mohd. Adnan berkata, seorang suspek melarikan diri manakala pemandu kereta berusia 33 tahun berasal dari Kelantan, mati ditembak.— BERNAMA

Admin Utaranews

0 comments:

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa