Anwar janji akan jadikan Malaysia negara bebas rasuah.

Pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat Taman Entrepreneur Kuchai, Kuala Lumpur semalam, Anwar menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat apabila mentadbir negara kelak.

“Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin rompak dan curi duit rakyat.

“Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf. Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul untuk rakyat dan negara,” katanya.

Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam.

Anwar juga mendakwa, pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah.

“Anda tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak berani buat siasatan. Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada PRU 13, kita akan siasat,” katanya.
share

3 comments

  1. Anonymous says:

    masalah diri sendiri pun x terurus ada hati nak uruskan negara..bangrap bolehlah

  2. Anonymous says:

    KES diri SENdiri pun masih tak selesai penuh tanda tanya rakyat sampai..sumpah...!!

  3. Anonymous says:

    komen manusia x de aqidah...huk aloh..

Leave a Reply

Copyright 2014 UtaraNews.com - All rights reserved - .