Azizan dakwa BN anggap rakyat seperti hamba abdi..

Barisan Nasional (BN) dilihat menjadikan pemikiran rakyat seperti hamba apabila menyalurkan pelbagai bantuan kewangan demi meraih undi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak berkata ianya satu penghinaan apabila menganggap rakyat mudah dibeli dengan pujukan kebendaan.

"Mereka buat pelbagai cara nak melemahkan kita, buat ugutan dan tudhan macam-macam. "Dulu kata Kedah akan huru-hara dan tidak boleh ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan bila kita berjaya, mereka tabur pelbagai janji dan kebendaan pula untuk tarik hati rakyat.

"Bantuan rakyat yang diberikan tidak ubah seperti cara pemikiran hamba," katanya Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Stadium Suka Menanti, 7 Disember lalu.

Turut hadir sama di himpunan itu ialah, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Penasihat PKR Dato' SEri Anwar Ibrahim dan DAP Lim Kit Siang.

Ustaz Azizan menjelaskan bahawa, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah telah mentadbir selama lima tahun dan telah berjaya membuktikan segala janji dan dasar untuk membela rakyat demi kesejahteraan bersama.

Biarpun dituduh kononya boleh menyebabkan Kedah muflis, beliau menyatakan fakta yang sedia ada menunjukkan sebaliknya apabila hasil balak meningkat 200 peratus jika dibanding semasa pemerintahan BN dulu.

"Tak sampai tiga tahun, kita sudah boleh bina kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil yang menelan belanja RM330 juta.

"Kita boleh berbangga kerana sudah ada 45 programn ditawarkan dan, tidak ada satu sen pun kita pinta daripada kerajaan persekutuan," katanya.
share

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2014 UtaraNews.com - All rights reserved - .