Pemandu Teksi tak tahu bersyukur?

Antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.

Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar. "Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap.

Beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie. Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu rata-rata menunjukkan pemandu teksi berpuas hati dengan tawaran-tawaran yang diberi oleh Pakatan Rakyat.

Mereka turut sesekali bersorak apabila Anwar sekali lagi berjanji akan memberikan permit persendirian sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang.

Anwar berkata, memberikan permit kepada pemandu teksi bukan perkara sukar memandang ia tidak perlu perbincangan yang serius.

"Bukan perkara yang susah untuk dirunding. Benda kecil ini pun susah pada Umno, tak boleh nak buat. Perkara paling mudah pun tak mampu nak dibela. Najib kamu gagal," kata Anwar.

Admin Utaranews

3 comments:

  1. macam cibai......semua nak free senang banyak la. korang pecaya la dgn aljuburi tu. semuanya dia boleh janji tapi x penah nya betul pun.dulu janji geran tanah kg buah pala mcm ni gak la ayat dia.kesudahannya apa yg jadi.....kena sodok gak rumah org2 kg buah pala tu. lepas ni jgn sampai korang ilang teksi sudah la. tapi xpa kalu teksi xde pun xpa,aljuburi bleh janji dgn korang kalu dia jadi PM korang xyah keje dah tapi dibayar gaji gak.korang mintak je brapa ribu pun,sure dia bleh 'janji' punya.....hahahahahahaaaaaqqqqqqqttttuuuuiiihhhhhhh.......A.B.A.I

    ReplyDelete
  2. Memalukan kerjaya sendiri ..sudahlah kerjaya yg selalu jadi pro kontra dan buah mulut pelancung ...JADI Peminta Sedekat lagi bagui wehhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. tu lah komen manusia yg di tarbiah UMNO....bukan prihatin dgn masaalah bila kena batang hidung sendiri baru terjerit terlolong....macam pecacai yg kalah kat selangor pru 12 hari tu....lepas ni kalau kalah harus ada yg gantung diri....suke ko la cai...

    ReplyDelete

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa