Isu Nama Allah : Nasharudin desak Guan Eng jelaskan niat sebenar..

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan sama ada beliau akan turut menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Tamil dan Mandarin seperti tuntutannya terhadap Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, penjelasan tersebut perlu untuk mengetahui niat sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung tuntutan yang dilakukan.

"Saya mahu tanya Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah ini, adakah beliau akan tuntut digunakan juga dalam Bible versi bahasa Tamil dan Cina (Mandarin)?

"Kerana kalau tidak guna kepada kedua-dua Bible versi itu, mengapa beliau sibuk sangat nak gunakannya dalam Bible versi bahasa Melayu? Adakah beliau ada agenda tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Admin Utaranews

1 comments:

  1. tokong tu tak akan jawabnya. org ramai pulak kalau si tokong dgn geng2 dia tu tak jwb, maka paham2 sendirilah maknanya semua yg dikatakan itu BENAR LG MEMBENARKAN.................ADA RETI?

    ReplyDelete

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa