Najib terima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Aqsa.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan urusan lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza hari ini sebagai lancar, selamat dan berjaya.

Menulis ringkas menerusi laman tweeternya di @NajibRazak, Selasa malam, Perdana Menteri berkata lawatan beliau ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu disambut Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Melalui tulisan yang dimuatnaik kira-kira dua jam lalu dan di’retweet’ oleh 532 orang itu, Najib yang mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin turut berkongsi pengalaman beliau mengunjungi tapak projek sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah.

“Saya telah lawat Gaza dan disambut PM Ismail Haniyeh. Sempat juga kunjungi tapak projek sekolah (yang dibiayai) Malaysia. Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya,” kata Najib.

Perdana Menteri turut melahirkan harapan yang lawatan singkat itu mampu mengeratkan silaturrahim antara dua negara. Najib turut memuat naik gambar beliau bersama Ismail Haniyeh menerusi laman sosial facebook beliau dan mendapat hampir 10,000 ‘like’ dalam tempoh sama.

Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Kaherah pada pukul 9 malam tadi, waktu tempatan (Waktu Malaysia 3.00 petang).
Share on Google Plus

Maikel De Turtle

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment