Nasharudin Mat Isa memalukan PAS..

Kebanyakan penyokong Pas menyifatkan tindakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengiringi Najib ke Gaza sebagai satu tindakan provokasi kepada parti tersebut.

Nasharudin kini bersama rombongan Perdana Menteri di Palestin dan juga beberapa negara Arab. Ia dikatakan menjadi tamparan hebat kepada Pas yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk PRU13.

Tindakan Nasharudin yang bersama-sama dengan Najib itu akan dilihat sebagai satu tindakan yang amat bertentangan dengan prinsip Pas yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

Ada sebilangan pemimpin Pas dikatakan khuatir jika penyokong parti memandang sinis terhadap pendirian pemimpin-pemimpin tertinggi Pas terhadap Umno.

Seorang pemimpin Pas tempatan yang ditemui pihak UtaraNews menggesa Majlis Syura mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Nasharudin kerana didakwa khianat terhadap parti.

"Kalau orang kuat Pas sendiri sokong Najib, bagaimana kalau jemaah-jemaah Pas mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi diatas..? "Ini pasti akan memberikan implikasi buruk kepada parti menjelang pilihanraya umum nanti.." kata beliau.
Share on Google Plus

Maikel De Turtle

    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments :

  1. dia kan wakil ngo yg aktif terutama di gaza.apa salahnya..

    ReplyDelete
  2. Mana lebih memalukan ?

    1. Ditangkap kerana berkhalwat?
    2. Kantoi kerana memberi rasuah?
    3. Malu kerana terpaksa mengubah pendirian dari bolih kepada tidak bolih. - Isu kalimah Allah.
    4. Ikut PM pergi ke Gaza ?

    Kebanyakkan rakyat Malaysia bukan jenis taksub pemimpin ...

    ReplyDelete
  3. krn kebaikan ku turutkan..

    ReplyDelete
  4. kalau dah memalukan Pas...pecat laaa kalau berani ...

    ReplyDelete
  5. macam mana PAS boleh malu pulak kalau Ustaz Nasha ikut PM pergi Gaza? Kalau kena tangkap khalwat barulah memalukan. Atau lantik org yg pernah kena tangkap khalwat sebagai Timbalan Presiden pun memalukan juga.

    ReplyDelete
  6. angkat pemimpin kaki liwat lg malu la weiii....boddo punya pas...

    ReplyDelete
  7. Salam 1 Malaysia.Kalau benar Ustaz Nasha memalukan PAS,kita tunggulah Ustaz Nasha balik nanti dan tengok apa tindakan yang akan dikenakan ke atasnya.

    ReplyDelete
  8. Kan elok ikut serta,tak ada salahnya pun malah patut bangga PM masih tidak singkirkan orang pas.

    ReplyDelete
  9. Ustaz Nasha hanya bekas Timb. Presiden PAS...yang lebih memalukan Presiden PAS, Timb. Presiden, Ketua Pemuda nya yang otak beku...ketiga2nya nk jual kalimah Allah kpd orang kafir!!..tindakan paling memalukan dlm sejarah negara ini, kata anak bongsu sy berusia 13 tahun.

    ReplyDelete
  10. Khianat terhadap parti yang berapa betul adalah harus hukumnya. Tapi khianat pada agama,bangsa dan negara - berdosa & Neraka balasannya.

    ReplyDelete
  11. Nasa tu kan dah bukan ahli PAS lagi....apahal pulak PAS dok sibuk2.....

    ReplyDelete
  12. AKU HERAN SANGAT APA BENDA YANG ADA PADA PAS YANG HEBAT SANGAT TU ,TIN KOSONG JE,NASHARUDIN MAT ISA ,DIA PEDULI APA ,ALLAH SEGALAGALANYA BUKAN MACAM PUAK PAS ,NAMA ALLAH DIJUALNYA ,HIDUP NASHARUDIN MAT ISA

    ReplyDelete
  13. Inilah pengikut PAS yg tak tahu membezakan parti dengan kepentingan umat islam sejagat..

    Ust Nasha nak ikut Najib, apa salah nya???

    Kan mereka berdua ni org islam yg mahu melihat org islam di Palestine bersatu..

    Org PAS memang dah SESAT...



    ReplyDelete
  14. Kan bagus Nasha ikut, maknanya PM tak kira siapa yang ikut asalkan mendapat faedah semua pihak, berkongsi ilmu dan kepakaran.MUNGKIn Nasha ada kepakaran dan pengetahuan pasal Palestine yang boleh dikongsi.Berfikirlah secara positive.Dahlah Datuk Hassan yang terang-terang melaksanakan nahi mungkar kena buang.

    ReplyDelete