Nik Aziz anggap pembangunan BN adalah rasuah.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat.

Barisan Nasional (BN) sewajarnya melaksanakan tujuh projek mega di Kelantan, yang diumumkan dua hari lalu, awal-awal lagi dan bukannya hanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia menunjukkan kerajaan pusat tidak ikhlas.

"Kalau betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

"Jika mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu pelaksanaannya adalah untuk kebaikan bersama.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi.

Admin Utaranews

6 comments:

  1. Patutlah Nik Aziz tidak langsung mementingkan pembangunan, sebab itu semua baginya rasuah. Bagi duit kepada perusuh boleh pulak.

    Kalau BN monang BN bueklah, kalau kalah tak yahlah buek.. mano rasuah ea..

    Pangkah PAS masuk Syurga, Itu tak rasuah ke??

    ReplyDelete
  2. Orang tua dah nyanyuk, apa yang dia buat untuk rakyat kelantan selama 20 tahun lebih mentadbir Kelantan. Dok baca buku agama je ke?

    ReplyDelete
  3. untuk pengetahuan korang 2 ekoq yg xtau ape2, sebenornye tok pa dh ngaku yg dia ngan najib yg sekat kemasukan pelabor asing ke negeri kelantan, video tu baru aje dihilangkan dr youtube, korang nimmg dh buta ati, xtau pape, main nk ngutuk tok guru je, ape hukummenghina alim ulamak? tepuk dada tya selera...sendiri cari

    ReplyDelete
  4. jambatan ghaib husam/poknik ngan ladang rakyat tu juga rasuah dari kerajaan PAS untuk rakyatnya

    ReplyDelete
  5. Awe Sungai Golok25 January 2013 17:43

    Sekap pelabur kepala otak hang. Bukankah berkali2 pilihanraya Tok Janggut dan Serban Putih kata nak bawak masuk pelabur dari Arab juga Cina.

    Jangan dok salahkan orang. Pelabur-pelabur dari Thai yang dok keluar masuk, keluar masuk kira pelaburlah.

    Macasm mana pelabur nak masuk. Air dah la tak bersih. Sikit-sikit derma, sikit-sikit derma. Usaha sendiri tak mau.

    ReplyDelete
  6. Nak buat baik dan kebajikan kepada rakyat kelantan pun dikatakan rasuah

    Agaknya bagi tanah kat 2 komunis DAP perak tu tak rasuah kot!!!

    ya Allah, kau beri taufik dan hidayah kepada si tua ni..amin

    ReplyDelete

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa