Remaja 14tahun dirogol dan diliwat bapa sendiri..

Seorang bapa kepada lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin, atas dua tuduhan merogol dan meliwat anak gadisnya berusia 14 tahun pada Disember tahun lalu.

Bapa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu membuat pengakuan itu ketika dua pertuduhan sumbang mahram berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin sementara tarikh sebutan ditetapkan pada 6 Mac depan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof sementara tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa itu didakwa merogol anaknya kira-kira jam 1 pagi pada 24 Disember lalu di dalam kontena di Bandar Baru Menglembu di sini.

Pertuduhan kedua, bapa berkenaan didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas anak perempuannya dengan masukkan kemaluan ke dalam duburnya di lokasi sama kira-kira jam 3 pagi, 20 Disember lalu.

Menurut laporan, mangsa merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik.

Admin Utaranews

0 comments:

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa