Rosmah bersumpah nama Allah nafi miliki cincin RM24juta..

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan beliau memiliki cincin yang didakwa bernilai RM 24juta dengan bersumpah menggunakan nama Allah.

Lafaz sumpah dipercayai untuk menyanggah tohmahan dari Pakatan Rakyat bahawa cincin tersebut dibeli hasil duit tabungannya dari kecil.

Penafian itu dibuat Rosmah malam tadi pada satu majlis makan malam.

Dalam majlis tersebut, Rosmah cuba menjelaskan dengan mengakui ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan kepada golongan elit.

“Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.

“Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis cerita,” katanya dipetik menerusi satu rakaman ucapan beliau yang dimuatnaik di Youtube seperti dilapor Malaysiakini.

Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus, dipercayai beliau merujuk kepada pendedahan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham, yang juga dikenali Chegu Bard – membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kemudiannya menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.

Admin Utaranews

3 comments:

  1. Hari tu kata beli cincin dengan duit simpanan dari sejak kecil. Mana satu statement yang betul ni?

    ReplyDelete
  2. Rosmah tidak perlu bersumpah dan tidak perlu bertaubat, cuma dia perlu beristiqamah begini hingga ke mati.

    ReplyDelete
  3. ele korang jgn hina sama2 agama la..
    kalu dier x btol, doakan dier agar dpt hidayah..
    tp kalu dier betol..mampus korang kat akhirat kena jawab..
    selagi kerajaan x halang org Islam ibadat, selagi kt ikut ahli sunnah wal-jamaah, kt x patut hina @ kutuk @ maki @ burukkan @ kafir kan org Islam yg lain..
    tgk n perbaiki dr sndr dl sblm ngata orang..

    ReplyDelete

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa