Gambar Buah Kelapa Menangis Ketika Hendak Dibelah | Buah
kelapa menyerupai wajah manusia menghebohkan warga Bima, Nusa Tenggara Barat
(NTB). Anehnya lagi, buah kelapa pelik ini akan mengeluarkan air seperti
menangis jika hendak dibelah. Rumah pasangan M Saleh dan Siti Aminah di RT
08/04, Kelurahan Melayu, Kecamatan Asakota, Kota Bima, dikunjungi ramai orang
untuk melihat buah kelapa ini.
Buah kelapa yang mengeluarkan air mata ketika henda dibelah.
Mereka ingin membuktikan dengan mata kepala mereka sendiri
soal khabar heboh yang beredar dari mulut ke mulut mahupun foto di telefon
bimbit tentang buah kelapa pelik itu.
Bukan hanya warga biasa, para pegawai dan guru-guru pun tak
mahu ketinggalan. Mereka sengaja datang dari tempat kerja masing-masing untuk
melihat bentuk asli buah kelapa yang diyakini memiliki keajaiban tersebut.
Menurut Aminah, kelapa tersebut didapat dari pemberian
kakaknya, M Yamin. Saat sabutnya dikupas, belum terlihat tanda-tanda aneh.
“Saya terkejut kerana saat akan dibelah keluar air matanya.
Akhirnya saya enggak jadi belah dan simpan kelapa pelik itu di almari,” ujar
Aminah di rumahnya, Selasa (10/5/2011).
Kerana yakin buah kelapa ini memiliki keajaiban, Aminah
mengaku tidak akan menjual atau menggunakannya untuk keperluan rumah tangga.
Dia akan menyimpannya sekalipun ada orang yang akan menawar dengan harga
tinggi.
Kini buah kelapa tersebut disimpan di dalam kaca agar tidak
terjatuh ketika warga melihatnya. Tingginya animo masyarakat yang ingin melihat
buah kelapa pelik ini dimanfaatkan keluarga Aminah. Pihaknya sudah menyiapkan
sebuah kotak amal yang boleh diisi pengunjung seikhlasnya.
Warga tidak hanya datang untuk menyaksikan namun juga
mengabadikan melalui kamera telefon selularnya. Bahkan beberapa perempuan
sempat kerasukan setelah melihatnya. Maka tak hairan jika ketika ini banyak
beredar rakaman video buah kelapa mirip wajah manusia ini.



Post a Comment