Tian Chua hampir dibelasah di P.Pinang.

Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak ganas malam tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua meninggalkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam 11.15 malam tadi.

 Tian Chua - yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu - sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kumpulan itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat berkenaan.

 "Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!" jerit seorang lelaki, sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: "Saya ada kawan yang mati di Lahad Datu." Ketika dihubungi, Tian Chua yang ketika itu dalam perjalanan keluar daripada Pulau Pinang, berkata melalui SMS: "Saya tak boleh tunggu. Kena elak konfrontasi."

Admin Utaranews

5 comments:

  1. kita kena kejar cina ni,dan kita kena halau dia disetiap ceramah yang dihadiri jangan biarkan dia memijak tanah setelah dia menghina tanah melayu dan perajurit yang terkorban biarkan di main wayang cina dia.

    ReplyDelete
  2. Elok le halau cina ni jangan biarkan di buat ceramah dimana tempat sekali pun.

    ReplyDelete
  3. jangan biarkan cina tian chua ni buat ceramah dimana sekali pun.kita halau dia dimana dia pergi.

    ReplyDelete
  4. betul bebenar tu orang kurang ajar cam tu lah manusia tak kenang budi.kalau m'sia x bagus gi lah berambus kenegeri lain.orang melayu x perlu china macam ni.

    ReplyDelete
  5. ....... MALAYSIA ADA SE BERANI DIA??

    ReplyDelete

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa