Penyanyi Aishah calon Pas di Jempol,Abby Abadi tiada dalam senarai.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam tadi. Bagaimanapun, Aisah yang cuba dihubungi media tidak menjawab panggilan telefon manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sehingga kini tidak dibalas

. Sementara itu, portal berita Antara Pos melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. "Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada Antara Pos hari ini. Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13.
Share on Google Plus

ADMIN

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment