PSM terus 'dibuli',cabar DAP lawan 3 penjuru di DUN Jelapang.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) kemungkinan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang jika DAP enggan memberi laluan kepada parti berkenaan bertanding di kerusi itu.

 Anggota Majlis Tertinggi PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata perbincangan telah dilakukan dengan DAP berhubung perkara itu namun tiada jalan penyelesaian.

 "Kita telah minta untuk bermesyuarat lagi tetapi mereka tidak mahu jumpa. Kita tidak mahu wujudnya pertandingan tiga penjuru antara DAP, PSM dan Barisan Nasional (BN)," kata kepada pemberita selepas pengisytiharan hartanya melalui surat akaun bersumpah, di sini semalam. Pada PRU12, kerusi DUN Jelapang dimenangi calon DAP, Hee Yit Fong mengalahkan calon PSM, M. Sarasvathy yang bertanding atas tiket Bebas dan calon BN Loh Koi Pin dengan majoriti 6,707 undi.

 Hee kemudiannya bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. PSM sebelum ini mengumumkan bertanding di tiga DUN iaitu Jelapang, Kota Damansara, Semenyih dan Parlimen Sungai Siput kerana telah memberi khidmat di kawasan tersebut. Beliau berkata cadangan DAP bagi menggantikan Jelapang dengan kerusi lain hanya boleh diterima pada PRU14.

 Katanya bagi menyelesaikan kemelut kerusi berkenaan parti itu mencadangkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ditubuhkan. "DAP dan kita akan berhujah mengenai sebab-sebab kenapa patut mewakili kerusi itu di hadapan NGO berkenaan selama setengah jam dan biar mereka buat keputusan.

 "Kita sedia menyerahkan kerusi itu kepada DAP sekiranya keputusan NGO itu tidak menyebelahi PSM dan begitu jugalah sebaliknya," katanya yang menjelaskan cadangan itu tidak mendapat maklum balas DAP.

Admin Utaranews

0 comments:

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa