Farid Kamil Sudah 4 Tahun Bersabar Dengan Karenah Mertua?

Farid Kamil
Ya, kecoh sekejap minggu ini apabila sebuah tabloid tempatan melaporkan selebriti popular, Diana Danielle telah selamat melahirkan anaknya di Australia.
Sekeping foto Farid Kamil mendukung seorang bayi yang dimuatnaik ke laman Instagram-nya turut menimbulkan pelbagai spekulasi dari peminat. Namun selepas diselidik, rupanya itu adalah anak kepada adik Farid dan Fadzil, Anis Anwar Zahari.
Sebuah kenyataan oleh Farid Kamil yang mengatakan Diana bakal bersalin sekitar bulan Julai depan juga sekaligus menutup spekulasi yang berlegar dikalangan media dan peminat.
Rasanya baru saja suasana beransur ‘sejuk’, tiba-tiba melalui akaun Twitter rasmi Farid Kamil, pelakon ini meluahkan perasaannya dan sekali lagi menimbulkan persoalan dikalangan pengikutnya yang berjumlah lebih 270 ribu orang.
Farid dalam Twitter-nya mendedahkan perasaan serta perbualan bersama ibunya. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan oleh Farid, namun melalui tulisannya, hubungan Farid Kamil dan ibu mertuanya dipercayai sedikit keruh.
“Ada orang tanya saya macam mana boleh hidup dengan ‘Mertua’ yang macamtu? Saya jawab nak buat mcmana? Dah dia memang lagu tu.
“Mak saya selalu pesan, “Kamil kena banyak bersabar tau, sbb Mertua pun mcm Mak betui jugak kena sayang.”
“Hemmm…betui tu ma…tapi…(diam)….Mama tau tak dia mcmana? Dia lain sangat2 dari Mertua yg lain…”
Menurut Farid lagi, dia sudah lama bersabar dengan karenah ibu mertuanya.
“Bersabar.. rasanya dah 4 tahun bersabar….
“Alhamdulillah dah 4 tahun bersabar insya-Allah Akan di terus kan.. Terima kasih la atas pendapat Dan nasihat…”
Apa pun, respek pada Farid Kamil kerana sebagai seorang anak menantu, dia masih mampu bersabar dan menerima nasihat orang lain. Jangan jadi macam kontroversi yang kecoh sebelum ini, hampir-hampir disaman ibu orang lain.
Share on Google Plus

budak comel

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment