Pendang dan Jitra disyaki antara kubu kuat Syiah di Kedah.

Kerajaan Kedah bercadang mengadakan sesi penerangan bagi memperjelaskan fahaman Syiah kepada penduduk di negeri itu dalam usaha mengekang penularan ajaran berkenaan.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata fahaman itu dipercayai mempunyai pengikut di beberapa kawasan di Kedah seperti Pendang, Sungai Petani dan Jitra.

"Syiah adalah satu fahaman yang dilarang dan menjadi satu kesalahan jika berlaku penyebaran fahaman ini dalam kalangan anggota masyarakat.

"Kita akan usulkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri agar menetapkan undang-undang yang jelas supaya tindakan undang-undang boleh diambil," katanya semasa berucap pada Penyampaian Sumbangan kepada guru agama sukarela, bidan kampung dan mudim di Masjid Al-Muhammadi Kampung Pauh, di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bercakap mengenai perkara lain, Mukhriz berkata peranan guru agama sukarela amat penting dalam melahirkan umat Islam yang sejati.

"Kadang kala ada perkara yang mungkin terlepas pandang, sama ada di sekolah atau oleh ibu bapa di rumah, justeru menjadi tanggungjawab guru-guru agama ini untuk membetulkan perkara yang tidak seiring dengan agama dalam kalangan anak-anak kita," katanya.

Beliau turut menyentuh peranan bidan kampung dan mudim yang bagi beliau masih penting sekalipun keadaan sekarang sudah jauh berbeza dengan suasana ketika era 1960an ketika peranan bidan kampung dan mudim amat dituntut.

Admin Utaranews

0 comments:

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa