Tiz Zaqyah Malu Berhadapan Dengan Farid Kamil.


Dimata heroin filem Nur Kasih iaitu Tiz Zaqyah pelakon dan pengarah, Farid Kamil adalah seorang aktor yang cukup dikagumi dan disebabkan itu apabila digandingkan bersama membuatkan dirinya malu dan janggal setiap kali berdepan dengan Farid kamil.
Tiz Zaqyah Akui Malu Dengan Farid Kamil
Tiz Zaqyah dan Farid Kamil buat pertama kalinya digandingkan bersama bagi drama bertajuk Jodoh Itu Milik Kita.
“Mula-mula penggambaran tu saya rasa janggal. Saya jadi berdebar dan ini merupakan pertama kali kami digandingkan bersama. Starstruck juga lah sebenar dengan dia,” ujarnya.
Tambah aktress berbakat besar ini, debarannya semakin terasa kerana dalam drama tersebut mereka menjadi pasangan suami isteri dan perlu melakonkan babak romantis bersama.
“Kami membawa watak sebagai suami isteri dan ada babak-babak romantik yang perlu di lakonkan. Jadi bila saya perlu manja-manja dengan Farid, saya malu. Tapi kami masing-masing anggap macam kawan-kawan dah kemudian barulah saya mula selesa,” katanya yang turut membawakan watak wanita bertudung pada drama kali ini.
share

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2014 UtaraNews.com - All rights reserved - .