0

Kecoh jadinya bila ada beberapa kenyataan Awie semasa ditanya oleh peguam dalam perbicaraan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah didedahkan di media sosial..

Peguam dah tanya soalan pada Awie dalam proses perpisahan dengan bekas isteri iaitu Rozana Misbun.. Adakah penyanyi rock itu memberi nafkah pada anak-anaknya di bawah jagaan Rozana?

Awie dengan rasa ‘bangga’ maklumkan tak pernah memberi sebarang wang untuk perbelanjaan dua orang anaknya itu.. Selama hampir dua tahun Awie tak dapat tengok sendiri anaknya sejak dilarikan Rozana, selama itu juga Awie tak memberikan sebarang nafkah..

Disebabkan Awie dedahkan tak memberi nafkah pada anak-anak, netizen tampil mengkritik perkara yang dianggap keji di lakukan oleh Awie itu.. Iyerlah, benci macam mana pun Awie dengan bekas isteri, tanggungjawab Awie sebagai seorang ayah pada anak-anak tetap harus dijalankan..

Takut kalau nafkah yang Awie beri pada anak-anak, bekas isteri yang guna? Kalau takut bekas isteri guna pun, Awie tetap kena bagi nafkah pada anak-anak.. Kalau isteri guna duit yang Awie bagi untuk benda lain itu Rozana sendiri akan tanggung di akhirat.. Awie punya 'saham akhirat' dah setel sebab dah bagi nafkah..

Ingat lagi tak Awie kritik Amy tentang pergaduhan Amy dengan rakan kumpulannya Yazit? Awie suruh Amy bantu Yazit kerana Yazit itu antara salah satu ‘saham akhirat’..

Bila kena kat diri sendiri, Awie tak fikir pulak nak bagi nafkah pada anak-anaknya sebab dorang salah satu saham akhirat untuknya? MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top