0

Apabila disebut duit adalah raja, mungkin ada yang marah dan mempertikaikannya dengan menegakkan prinsip wang bukan segala-galanya.

Namun melihat kepada gelagat wanita dan lelaki Melayu Islam yang sanggup berasak, berhimpit demi untuk merebut hujan duit RM1 yang ditaburkan semasa festival KL Raya Fest 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu membuktikan maruah tidak bererti apa-apa apabila duit adalah raja.

Hujan duit RM1 berjumlah RM50,000 itu ditabur kepada pengunjung menjadi acara pembuka festival yang telah menarik lebih 300,000 pengunjung dalam tempoh hanya lima jam ia dirasmikan.

Video gelagat 'kakak-kakak bertudung dan berbaju muslimah' berebut dengan kaum lelaki melompat dan kemudian mengutip nota RM1 yang telah jatuh ke lantai itu menjadi viral di media-media sosial.

Ini telah mengundang reaksi tidak senang netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut lebih teruk daripada gelandangan atau golongan asnaf yang menerima bantuan daripada orang ramai.

Malah lebih teruk apabila ada yang menyifatkan perbuatan tersebut seperti ayam yang sedang mencatuk bertih.

"Hilang perasaan malu demi merebut wang yang ditaburkan penganjur, apatah lagi ianya berlaku di bulan yang mulia ini. Mungkin acara begini tidak perlu dilakukan lagipada masa akan datang," kata pemilik facebook Norziah Mat Nor.

"Booo kepada penganjur. Nampak sangat hinanya. Aku kritik kerana budaya sebegini semakin berleluasa. Jika mahu tarik pelanggan pun bukan dengan taktik hina begini. Tabur duit, baling duit.

"Jika mahu beri duit, isi dalam sampul atau buat pertandingan. Aku sedih melihat perkara begini berlaku di Malaysia," kata Muhammad Amran pula.

"Masya Allah…main lambung-lambung duit pula. Jika ikhlas hendak memberi, bagilah dengan cara yang lebih elok. Yang berebut pula seperti orang lupa diri. Ia menjatuhkan martabat orang sendiri,Z" kata AJ Diana.

Festival yang berakhir hari ini itu menawarkan lebih 600 jenama tempatan terutamanya pakaian muslimah, baju kurung, jubah lelaki dan kurta bagi memudahkan orang ramai untuk membuat persiapan hari raya yang bakal menjelang. - MG

Post a Comment

 
Top