0






Lebih kurang 500 penyokong DAP berhimpun dihadapan bangunan SPRM malam ini bagi membantah penahanan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng petang tadi.

Rata-rata yang hadir terdiri dari kaum cina yang menyokong kuat parti DAP di negeri ini.

Laungan "bebas Guan Eng" bergema dihadapan pintu pagar sambil disambut dengan desakan supaya SPRM menahan Perdana Menteri Malaysia.

Pihak Polis dikerahkan mengawal orang ramai dan juga lalulintas bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

Petang tadi, Guan Eng ditahan oleh pihak SPRM atas dakwaan rasuah serta salahguna kuasa. - Utaranews.com

Post a Comment

 
Top