0

Pelawak popular yang menggunakan tagline ‘Gemuk Is Awesome’ iaitu Abam Bocey dah lama membujang.. Disebabkan faktor bentuk fizikalnya yang agak besar, Abam sudah beberapa kali dikecewakan apabila melibatkan kisah cinta.. Ada yang bercinta sebab nak main-mainkan perasaanya..

Sudah mula popular dalam industri hiburan, banyak wanita yang cuba dekati Abam.. Niat sebenar wanita-wanita mula nak dekati Abam tak tahu la.. Mungkin sebab duit la kot, jadi artis memang poket tebal.. Setiap kali dapat tawaran memang pelawak akan dapat jumlah wang yang banyak..

Tahun lalu Abam maklumkan dia sedang mengenali hati budi seorang gadis yang berasal dari Sabah, gadis itu turut disenangi oleh keluarganya.. Nama dah wajah gadis itu tak didedahkan oleh Abam, tapi Abam akui selesa berkawan dengan gadis itu..

Sudah hampir setahun mengenali gadis Sabah itu, Abam ditanya tentang hasrat untuk mendirikan rumahtangga.. Dah kenal lama takkan tak ada keinginan nak bawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius, ye dok? Abam maklum  dah mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam tempoh yang terdekat dengan gadis Sabah itu..

Sama ada dalam tahun ini atau tahun depan tidak didedahkan.. Abam akan berkahwin selepas bawa ibunya menunaikan umrah.. Kalau u’olls tengok Abam dah bawa ibunya tunaikan umrah tunggu jelah Abam umumkan tarikh kahwin dah tak lama lagi la tu Abam akan kahwin..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top