0

Tindakan lelaki berusia 22 tahun memperkosa adik tirinya, 9, di kediaman keluarga sendiri mengundang padah apabila ditahan polis di Alor Star, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa, 27, kira-kira 12 tengah malam ketika pulang ke rumah apabila melihat suspek sedang menindih anaknya.

Menurutnya, terkejut dengan tindakan itu, wanita terbabit terus memarahi suspek sebelum dia yang panik melarikan diri.

"Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kota Setar untuk tindakan selanjutnya.

"Polis yang menerima maklumat kemudian terus menahan suspek pada 2.30 pagi," katanya.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - HM

Post a Comment

 
Top