4

Ingatkan bila lantang berceramah pada hari penamaan calon mengkritik Parti Amanah Negara (PAN).... Ustaz Abdullah Khairi boleh diangkat sebagai 'pahlawan' Islam terakhir dibarisan hadapan.... Tapi hampeh!!

Mana taknya... Abdullah Khairi punya berceramah dengan gayanya tu dan dengan suara yang lantang.... Memang nampak seperti seorang 'pahlawan'.... Tapi semua tu gayanya je!!! Hakikatnya pengecut!!

Korang tahu.... Abdullah Khairi yang lantang berceramah pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, mengkritik Presiden PAN Mohamad Sabu dan mengelar Mohammad Sabu sebagai 'Mat Sabun' hari ini telah membuat permohonan maaf kepada bekas Timbalan Presiden Pas itu.

"Saya ustaz Abdullah Khari. Di hari yang penuh keberkatan, bulan Ramadan, hari Jumaat ini, saya ingin memohon maaf kepada abang Mat Sabu di atas ucapan saya yang teremosi pada hari penamaan calon di Kuala Kangsar," kata Abdullah Khairi.

Piraahhhh.... Ceramah bagai nak rak.... Tapi menikus.... Memang pengecut betul Abdullah Khairi... Abdullah Khairi sepatutnya tak payah minta maaf... Teruskan dengan pegangan diri tu... Takut apa dengan kecaman macai-macai PAN.

Macam manalah Khairi nak jadi pejuang Islam barisan hadapan ni.... Baru kena kecam sikit dengan macai-macai PAN.... Dah menikus... Tu baru kena dengan macai.... Macai PAN pulak tu... Memalukan Pas betul Abdullah Khairi ni!!

Permohonan yang dibuat oleh Abdullah Khairi itu dibuat dipercayai kerana Abdullah Khairi telah dikecam hebat oleh macai-macai Pakatan Harapan khususnya macai parti serpihan Pas itu.

Selepas video Abdullah Khairi mengkritik Mohamad Mat Sabu tersebar di laman-laman sosial, macai-macai pembangkang mula melakukan serangan balas terhadap Abdullah Khairi. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

  1. Bukan soal menang kalah, tapi betul salah. Kalau buat salah kena mintak maaf.

    ReplyDelete
  2. Salah satu sifat yg terpuji...mintak maaf bila tersedar telah melukakan hati orang lain. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan segala dosa umatnya jika mereka bertaubat melainkan dosa sesama umat .

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan tindakan Utz Abdullah Khairi @ sesiapa sahaja yg berani mengaku kesilapan..

    Sayang kerana Allah,benci juga kerana Allah..barulah jadi ibadah..

    ReplyDelete

 
Top