0

Bertelanjang bulat lagi! Mana tidaknya, berpuluh-puluh orang dikatakan mengambil bahagian dalam acara tahunan berbasikal tanpa pakaian di London.. Korang lihat jer lah gambar di atas tu, lelaki dan perempuan selamba berbasikal dalam keadaan bertelanjang bulat tanpa segan silu..

Dorang tak malu langsung noh dalam keadaan mengaibkan macam tu?? Miss tengok dorang dalam keadaan macam tu pun rasa malu.. Haisshh! Acara tu disertai dari pelbagai lapisan, dari remaja sampai lah orang dewasa..

Para penunggang tu semua dikatakan berbasikal dari London ke Manchester, dan melalui mercu tanda seperti London Eye dan Big Ben.. Sambutan memuncak bila semua peserta berkumpul di Hyde Park Corner..

Acara memalukan tu ada membawa mesej di sebalik ketelanjangan tu, hah! Apa yang dorang lakukan tu dimaksudkan untuk menunjukkan kelemahan orang dalam berbasikal yang menghadapi bahaya apabila berjalan..

Selain itu, ia juga merupakan aksi protes terhadap pergantungan manusia pada kereta.. Apa-apa jer lah yer! Kalau nak menunjuk sesuatu mesej pun, Miss rasa tak perlu lah sampai bertelanjang bulat secara terbuka macam tu, betul tak??

Memalukan dan hodoh jer bila melihat sekumpulan manusia bertelanjang sambil menaiki basikal.. Haishhh! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top