0

Muhammad Ali dikenang oleh para anggota dari masyarakat Kristian, Yahudi dan Muslim sendiri, yang berkumpul di Louisville bagi mengadakan satu majlis peringatan untuk ikon dan tokoh tinju itu.

Acara berbilang agama yang berlangsung di Pusat Islam Louisville, yang merupakan kampung halaman Muhammad Ali, dimulakan dengan laungan azan dan diperhatikan oleh para penganut pelbagai agama.

Mereka termasuk empat orang paderi dan dua orang rabbi Yahudi dan mazhab berbeza-beza.

12 orang bangkit untuk berucap dan memberi penghormatan kepada Muhammad Ali yang dianggap sebagai duta muhibbah bagi Islam di Amerika Syarikat, sebuah negara di mana agama minoriti itu sering disalah tanggap.

Yang pasti, Muhammad Ali dianggap sebagai seorang wira Amerika yang berjuang bagi keadilan sosial dan kebajikan, selain bagi sukan. - BERITAMediacorp/ru

Post a Comment

 
Top