0

Beberapa hari lepas netizen kecoh bila tersebarnya gambar pelawak Accapan didakwa sudah memeluk Islam.. Ada beberapa keping gambar dan video telah viral di media sosial ‘kononnya’ Accapan memeluk agama Islam..

Penyebaran Accapan sudah memeluk Islam dikatakan bermula kerana salah seorang rakan artis iaitu Mustapha Kamal memuatnaik gambar dan video di akaun Facebooknya memaklumkan Accapan telah memeluk agama Islam..

Tak mahu kes ini terus berpanjang, Accapan mengambil keputusan untuk buat laporan polis di Balai Petaling Jalan Klang Lama..

Apabila dah buat laporan polis, netizen rasa Accapan dah pun ‘berang’ dengan perbuatan Mustapha memuatnaik gambar dan video maklumkan dirinya dah memeluk Islam..

Tapi, Accapan sebenarnya tak menyalahkan teman baiknya Mustapha yang dah sebarkan gambar dan berita palsu itu.. Accapan hanya fikir positif tindakan yang dilakukan Mustapha sebab nak kongsikan berita gembira pada masyarakat..

Kalau diikutkan Mustapha bukan ada pun kat tempat kejadian dan langsung tak tahu menahu.. Accapan dah pun hantar mesej pada Mustapha untuk padam gambar dan video yang dimuatnaik di media sosial..

Tapi, Accapan harap kalau nak keluarkan apa-apa cerita lebih baik telefon dulu tanya perkara sebenarnya.. Ingatkan Accapan buat laporan polis nak saman Mustapha keluarkan berita palsu. Rupanya hanya amaran je.. Hahaha.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top