0

Pemimpin Veteran Lim Kit Siang hari ini terus mendesak Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman supaya berterus-terang menyatakan siapakah sebenarnya 'kafir harbi' yang layak dibunuh tersebut.

Walaupun Rahman telah tampil dengan enggan tunduk kepada desakan DAP dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu membuat permohonan maaf... Kit Siang masih mempertikaikan keputusan yang diambil oleh Mufti Pahang itu.

Kit Siang yang masih tidak berpuas hati, mendesak Rahman supaya berterus-terang dengan mempersoal, adakah orang yang dimaksudkan si karfi harbi yang layak dibunuh itu adalah dirinya.

"Saya masih menunggu respon Abdul Rahman terhadap kenyataan saya semalam di Gelang Patah. Saya minta beliau berlaku jujur dan berani untuk menyatakan secara spesifik adakah sayaorangnya si kafir harbi yang layak dibunuh itu?" soal Kit Siang.

Alahai Kit Siang ni... Melatah lebih-lebih apa tak tau... Rahman dah jelas dah pun pasal kenyataan kafir harbi ni.... Yang Kit Siang duk meroyan lagi ni dah kenapa?? Memang betul ke diri tu kafir harbi??

Rahman dah jelaskan dah pun yang beliau kenyataan kafir harbi tu kepada mereka yang tolak hukum Islam... Rahman tak kata pun dia tuju kenyataan tersebut kepada DAP... Yang DAP nak melebih-lebih ni dah kenapa??

Yang duk hangatkan isu tu media... Media yang tulis artikel pasal benda tu... Media kata kenyataan Mufti Pahang tu ditujukan kepada DAP memandangkan DAP jelas menolak hukum Islam yang dibawa oleh Presiden Pas.

Bila Mufti Pahang tu dah jelaskan dan enggan memohon maaf... Kit Siang duk desak dan pertikaikan lagi nak sampai mufti tu minta maaf... Besar sangat ke DAP tu sampai semua benda orang nak minta maaf dengan dorang?

DAP pun payah nak minta maaf dengan orang... Ada hati nak orang minta maaf ngan dorang... Kalau betul-betul salah takpe laa nak minta maaf.. Ni dah jelaskan bahawa tak salah duk pertikai macam-macam lagi.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top