1

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menasihatkan calon Pas bagi PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman supaya menarik diri daripada bertanding.

Katanya, Abdul Rani tidak diperlukan di Sungai Besar dan penyokong Pas sendiri tidak membantunya berkempen.

“Kalau boleh sebelum 18 hari bulan nanti saya akan beritahu Dr Rani supaya tarik diri untuk jaga maruah dan tidak dipergunakan oleh Pas untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah).

“Sebagai kawan saya, dia ada maruah dan jangan gadaikan maruah sempena bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya menjawab respons Abdul Rani yang mendakwa kesibukan berkempen menyebabkan beliau terlepas pandang masalah di Pasar Awam Sekinchan. 

Menurutnya, calon Pas PRK Sungai Besar itu sepatutnya berada di Meru dan menyelesaikan masalah penduduk di sana.

“Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru dan jaga jalan di sana yang berlubang-lubang dan sering dilanda banjir.

“Kalau dia gagal selesaikan masalah di sana tolong jangan persoalkan kerja saya di sini,” katanya.

Kelmarin, Abdul Rani dalam kenyataannya di Sinar Harian meminta Suee Lim menyelesaikan masalah peniaga di Pasar Awam Sekinchan yang berdepan tekanan selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menaikkan kadar sewa bulanan petak perniagaan sejak Januari lalu.

Post a Comment

  1. Cina bukit ni besar kepala sebab cina-cina buta yg adr di sekinchan sokong dia... semua yg sokong dia dan lah buta... totok pulak... nak buat camne

    ReplyDelete

 
Top