0

Ahli PAN dah mula beralih arah kepada calon BN, apa dah jadi dengan PAN ni.... mereka menolak  calon mereka untuk PRK di Sungai Besar, seramai 32 ahli penaja PAN tidak berpuas hati dengan calon PAN  Azhar Ab Shukur. Mereka merasa kecewa dengan calon yang dipilih pemimpin tertinggi PAN yang tidak menilai dengan teliti sebelum membuat keputusan.

“Pengundi tak ada pilihan lain selain memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana  rekod kerja telah membuktikan beliau seorang Adun yang menyerlah di Sungai Panjang selama tiga tahun,” kata Ahli PAN,Sapigni Tulus.

Menurut ahli PAN calon yang telah dipilih tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen untuk menjadi seorang pemimpin bagi penduduk Sungai Besar, jadi mereka sebulat  suara untuk menolak Azhar demi kepentingan penduduk setempat.

Ahli PAN juga menyifatkan calon mereka sebagai 'Touch N Go', mungkin sebab Azhar bukan calon anak tempatan yang susah untuk berjumpa rakyat bagi menjalankan tugasnya sebagai  ahli parlimen Sungai Besar.

Hal ini akan menyusahkan rakyat di kemudian hari, jika Azhar hanya akan turun dua bulan  sekali untuk tengok keperluan rakyat dan menjenguk kawasan. Dia tidak akan mampu untuk melaksanakan pembangunan atau apa saja agenda yang dijanjikan PAN semasa PRK ini.

Mungkin juga, PAN hanya membuat uji kaji dalam PRK kali ni untuk mengetahui sejauh mana sokongan rakyat terhadap parti baru tersebut. Sebab tu PAN tidak mengira calon yang akan membela nasib rakyat atau tidak. Keputusan mereka tu mungkin akan menjatuhkan  pengundian di PRK nanti. Kalau dah ahli dalaman sendiri pun tak nak terima, begitu juga rakyat.

“Kami buat atas kesedaran sendiri dan kami juga tak dibayar walau satu sen pun untuk menolak Azhar sebagai calon kami ", katanya

Dalam pada itu, sokongan mereka beralih kepada Budiman disebabkan sifat Azhar yang sombong, angkuh dan bongkak itu tidak sesuai untuk menjadi pemimpin.

Dengan rekod kerja Budiman yang baik dan  seorang pemimpin yang berjiwa rakyat telah menimbulkan rasa kesedaran kepada ahli PAN untuk menyokong calon BN bagi mewakili penduduk Sungai  Besar.  -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top