0

Tohmahan yang berlipat ganda telah dirasai oleh ahli Umno, mungkin cabaran pembangkang dulu dan sekarang sudah berbeza. Dengan media yang serba canggih juga menjadi faktor utama yang memudahkan pembangkang melakukan pelbagai jenis hasutan kepada rakyat.

Walaupun banyak cabaran  yang perlu dihadapi, namun parti ini terus berjuang kerana tanggungjawab mereka terhadap rakyat, yang tidak boleh disia-siakan. Sebab tu, YB Norshida yang merupakan ADUN Buloh Kasap menyeru ahli-ahli Umno untuk menolak cubaan hasutan oleh pihak tertentu.

" Cabaran dan ujian yang dihadapi UMNO ketika ini bukanlah perkara baru malah UMNO pernah menempuh saat yang jauh lebih sukar namun ia berjaya dilalui menerusi perpaduan di kalangan ahli dalam mempertahankan parti ", katanya

Ujian yang dihadapi Umno kini, akan mencipta satu transformasi baru bagi menyangkal tohmahan pembangkang dengan lebih matang. Cubaan pembangkang untuk melemahkan Umno juga sedikit sebanyak telah mendewasakan parti tersebut.

Oleh itu, dakyah hasutan pembangkang perlu ditolak habis-habisan untuk menjamin masa depan Umno dalam jangka masa yang panjang. Mungkin politik hasutan dan tohmahan yang diamalkan puak pembangkang kini hanya akan kekal dalam tempoh masa tertentu.

Malah, ujian daripada puak pembangkang ini yang menjadikan ahli-ahli Umno bersedia untuk berdepan dengan bermacam ancaman yang mendatang. Mungkin, hasutan dan ancaman puak pembangkang ni adalah salah satu latihan kepada ahli Umno untuk kekal waspada dalam apa jua keadaan.

Rasanya, hasutan pembangkang itu akan menjadi medium pembelajaran buat ahli Umno untuk menempuh musuh politik yang sering menghalalkan segala cara. Boleh jadi, kemelut yang berlaku diantara pembangkang juga mampu untuk mencipta pelapis politik bagi masa depan. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top