0

Syukur Alhamdulillah.... Dimaklumkan bahawa tahap kesihatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semakin beransur pulih selepas menjalani pembedahan komplikasi usus di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 7 Jun yang lalu.

Dikhabarkan juga Ahmad Bashah kini sudah mampu dan mula berjalan seperti biasa.... Isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad memberitahu Menteri Besar Kedah itu kini sudah boleh berjalan akan tetapi masih memerlukan sokongan tongkat.

Selain itu, Ahmad Bashah juga dilihat semakin kuat setelah menjalani beberapa rawatan fisioterapi... bahkan beliau juga sudah mampu untuk minum dengan sendirinya. Beliau dijangka bakal dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat.

“Beliau kini sudah boleh dipindahkan ke wad biasa, tapi beliau meminta untuk ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk privasi. Ini juga bagi memudahkan proses pemulihan beliau.

“Sepanjang berada di hospital, beliau tidak terlalu memikirkan soal kerja kerana doktor nasihatkan supaya banyak berehat bagi mempercepatkan proses pemulihan. Saya minta rakyat dapat terus berdoa supaya beliau cepat sembuh,” kata Hizam selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara).

Sebelum ini, Ahmad Bashah pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) pada 4 Jun lalu dan dipindahkan ke HPP pada 6 Jun bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Kita sama-sama la doakan kesihatan Menteri Besar Kedah tersebut pulih dan sihat seperti biasa... Kerana menurut isterinya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di HPP pada 22 Jun ini.

Nampak tak?? Ahmad Bashah sakit-sakit pun masih lagi nak menjalankan tugasnya.. Eshhhh terharu betul Gomez.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top