0

Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang sebelum ini dilaporkan mengalami komplikasi usus telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan selanjutnya. Difahamkan, beliau terpaksa dipindahkan ke HPP kerana disitu mempunyai kelengkapan yang lebih terkini serta lengkap.

Ahmad Bashah dipindahkan dari Kedah Medical central (KMC) Alor Setar dan selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian ususnya kira-kira jam 3 pagi, semalam. Beliau yang selamat menjalani pembedahan itu dilaporkan telah stabil dan dinasihatkan doktor supaya banyakkan berehat.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pembedahan kecik yang bermula kira-kira jam 10 malam semalam berakhir kira-kira 5 jam kemudiannya.

"Alhamdulillah, beliau selamat menjalani pembedahan kecil akibat komplikasi ususnya selepas dipindahkan ke hospital berkenaan dan kini berehat. Beliau juga menunjukkan reaksi positif,

“Pada masa ini Menteri Besar berada dalam keadaan stabil dan beliau sedang berehat atas nasihat doktor,” katanya.

Sebelum ini Ahmad Bashah dirawat di KMC, akibat Menteri Besar itu pitam ketika menghadiri mesyuarat bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah di Hotel Grand Alora di sini kira-kira pukul 7 malam Sabtu, sebelum dikejarkan ke KMC pada 7.15 malam. Beliau kemudiannya disahkan mengalami komplikasi usus setelah menjalani rawatan di KMC. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top