0

Media pada hari ini ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan... Terlalu banyak media yang terdapat masa kini tidak kira media berdaftar mahupun tidak berdaftar... Media atas talian dilaporkan paling banyak ditubuhkan.

Disebabkan terlalu banyak media yang ditubuhkan pada hari ini.... Andy tidak menafikan bahawa laporan yang diterbitkan oleh para media ini sukar dikawal atau bahasa mudahnya disekat oleh pihak berkenaan.

Ekoran terlalu banyak media yang ingin melaporkan isu atau berita... Kerap juga berlaku media melaporkan berita atau isu yang tidak sahih sehingga menyebabkan kekeliruan oleh dan berita yang dilaporkan itu tidak memberi kesedaran kepada orang ramai.

Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi nasihat kepada para media supaya melaporkan sesuatu berita atau isu yang sahih serta dapat menyedarkan orang ramai.

"Dalam dunia tanpa sempadan, usaha oleh pelbagai pihak termasuk media dan media sosial untuk memberi liputan dan pendedahan (isu). Adalah diharapkan bahawa laporan dan pendedahan itu akan mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai," kata Zahid Hamidi dalam majlis berbuka puasa bersama polis dan media di kediaman rasminya.

Dalam masa sama, beliau juga berharap acara berbuka puasa termasuk sambutan hari raya tahun bersama media dan polis dapat diteruskan serta diperluaskan dengan undangan ahli keluarga bagi menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.

"Saya harap kakitangan media akan bawa isteri dan suami mereka dan keluarga supaya saya dan isteri boleh bersama media secara peribadi," katanya. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top