0

Trend yang sentiasa akan terus menjadi ikutan oleh semua artis di Malaysia, dari trend bisnes tudung sehinggalah trend mengeluarkan jenama minyak wangi sendiri.. Antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Nabil Ahmad, Rozita Che Wan dan ramai lagi artis lain..

Turut tak ketinggalan adalah pasangan yang baru berkahwin iaitu Akim Ahmad dan isterinya Stacy.. Miss A dapat tahu pasangan ini dah pun melancarkan jenama minyak wangi mereka sendiri.. Jenama minyak wangi pasangan ini adalah ‘Obsess’..

Sementara masih lagi popular dalam industri hiburan, pasangan ini ambil insiatif untuk menceburi bidang perniagaan untuk mendapat pelaburan di masa hadapan.. Bila dah tak popular nanti dorang masih ada lagi sumber pendapatan lain..

Produk minyak wangi keluaran pasangan ini memang tak dipandang remeh, dorang hasilkan minyak wangi yang berkualiti.. Akim dan Stacy sentiasa meneliti proses penghasilan minyak wangi ini dari awal untuk puaskan hati pelanggan..

Dah keluarkan jenama minyak wangi sendiri, Akim dan Stacy sibuk nak mencari pihak yang berminat nak jadi stokis produk keluaran dorang.. Miss A tengok di akaun Instagram Akim, minyak wangi keluaran dorang dah sold out untuk first batch..

Nampaknya memang mendapat sambutan ramai, harga untuk setiap botol minyak wangi ini antara RM65/RM70.. Bagi Miss A, kiranya harga mampu milik la jugak minyak wangi yang dikeluarkan pasangan ini.. Tak mencecah harga ratus-ratus, boleh la nak beli untuk pakai di hari raya.. Hehehe.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top