0

Alaahaiii! Ni apa hal pulak tiga minah sengal tu dok menyembah patung Sphynx kat Sunway Piramid tu?? Nak bergambar tu tak salah, tapi cuba lah buat perangai senonoh sikit.. Ini tidak dengan gaya menyembah dan terkangkang macam tu serupa minta kaki tendang jer.. Elok sangat ke bergambar macam tu??

Memalukan jer! Lebih-lebih lagi dorang pulak perempuan, lagi lah nampak buruk bila berkelakuan tak senonoh macam tu.. Korang masih ingat puak hipster dan raver?? Dah lama dorang menyepi dari buat semak di media sosial.. Miss ingatkan budak-budak hipster ni dah ‘tenggelam’..

Yela, trend macam tu biasanya kejap jer ‘hot’, lepas tu tenggelam lah.. Tapi rupanya masih ada lagi puak batak perhatian ni, ‘kuat’ jugak dorang pertahankan yer.. Masih giat menayang aksi bangang dorang tak kira kat mana dorang berada.. Tiga minah sengal tu termasuk sekali lah dalam puak tu..

Puak ni tak kira orang dewasa atau kecik, budak sekolah rendah pun dah pandai buat benda ni semua.. Maklumlah budak sekolah rendah sekarang semakin maju, dah ada handphone canggih masing-masing..

Dorang pun dah pandai main media sosial yang sedia ada tu, sebab tu dorang pun tak ketinggalan untuk mengikut perkembangan isu semasa.. Betul tak?? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top