0

Buat peminat setia drama lakonan Siti Nordiana dan Alif Satar dalam ‘Dia Semanis Honey’ u’olls, semua bolehlah berseronok sebab pengarah drama tersebut iaitu Micheal Ang akan buat sambungan drama itu sempena raya.. Tajuk drama  ‘Dia Semanis Honey SPECIAL’, apa yang special pun tak tahu..

Menerusi akaun Instagram, Alif dah muatnaik gambar promosi drama itu.. Apa yang paling menarik kapsyen yang ditulis Alif iaitu minta idea penonton untuk jalan cerita drama SPECIAL ini.. Tak pasti la pengarah nak ikut atau tidak idea dari penonton, kalau ikut idea pengarah, Miss A pasti drama SPECIAL nanti watak Hani yang dipegang Oleh Nana akan mengandung..

Bakal ditayangkan pada raya ini, Alif maklumkan dia terpaksa shooting drama ini di bulan Ramadhan.. Untuk tahun ini saja jadual Alif dalam industri seni agak padat, untuk shooting drama ini saja, Alif terpaksa bekerja sehingga puasa ke -10..

Hmm, panjang ke drama Special yang akan ditayangkan pada hari raya ni? Sampai sepuluh hari masa yang diperlukan untuk shooting drama.. Tak silap Miss A, drama raya ni selalunya bukan ada banyak episod.. Tayang kat TV dalam 2 atau 3 jam saja..

Tapi, baru saja buat promosi drama Special di media sosial, dah ramai peminat yang tak sabar nak tengok drama tu.. Memang betul-betul mendapat sambutan hebat dari penonton.. Miss A tengok akan ada kemunculan pelakon Izzue Islam dalam drama raya.. Akan berlaku adegan caras mencaras pulak di antara Alif dengan Izzue..

Sebelum ini adegan caras Nana dengan pelakon Nayda Syahera, kali ini Alif pulak yang kena berusaha keras memenangi cinta Nana dari di caras oleh Izzue.. Ada pulak watak tambahan lagi hensem dari hero.. Hahaha.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top