0

Nampaknya vokalis kumpulan rock iaitu Amy Search dah semakin mula nak mengembangkan perniagaan an dah pun menghasilkan beberapa lagi produk untuk peminatnya.. Di bulan puasa ini Amy dah pun keluarkan fesyen dengan jenama sendiri..

Di bulan Ramadhan ini Amy mengambil peluang untuk mengeluarkan fesyen jenamanya itu sebab di bulan ini banyak artis yang mengambil kesempatan untuk berniaga.. Dua tahun lalu Amy hanya mengeluarkan jenama Songkok Maulana..

Kali ini, Amy dah pun keluarkan Kurta, Jubah dan Kebarung di bawah jenama ‘Amy Search General Products & Co’.. Semua produk keluarkan Amy dah pun mendapat sambutan dari peminat.. Artis berniaga dan sudah miliki peminat tersendiri, mesti peminat akan membeli produk keluaran artis kesayangan dorang..

Sepanjang dua minggu umat Islam menyambut bulan Ramadhan, pemintaan untuk jenama Amy memang banyak.. Amy dah pun ‘reproduce’ jubah,kurta dan kebarung sebanyak tiga kali.. Disebabkan semua produk keluarkan jenama Amy mendapat sambutan, Amy akan kembangkan lagi produknya..

Amy akan keluarkan produk masakan sendiri, siapa yang selalu ikuti akaun Instagram Amy dan anaknya Nabila Huda memang tahu penyanyi ni memang cukup hebat dalam masak.. Semua lauk rasanya Amy pandai masak, ambil kesempatan dari itu Amy keluarkan produk baru..

Bila Amy akan keluarkan produk masakan masih lagi tak dedahkan, mungkin lepas raya Aidilfitri.. Produk masakan Amy mesti dapat sambutan hebat dari peminat yang nak merasa masakan air tangan Amy..  MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top