0


Pelakon tempatan mula menjadi penyanyi memang dah ramai.. Tak nak terlalu fokus dalam bidang lakonan saja, ramai pelakon mula kembangkan bakat jadi penyanyi.. Walaupun suara tak sedap guna populariti yang dah dikecapi sebagai pelakon, artis dah boleh jadi penyanyi walaupun vocal ke luat..

Di awal kemunculan pelakon Ayda Jebat kena kecam teruk sebab jadi penyanyi tapi suara tak sedap.. Bila dalam recording suara tak sedap boleh jadi sedap, waktu menyanyi live terserlah suara asli..

Baru-baru ini, Amyra dah menyanyi secara live lagu duet dengan Waris dan Juzzthin di stesen radio Hot FM bertajuk ‘Ada Saja’.. Memang Amyra kena kecam teruk dengan peminat.. Suara Amyra tak sedap pun tapi sebabkan dah popular Amyra boleh jadi penyanyi..

Amyra menyanyi pun dah macam membaca Miss A dengar, ulang lirik yang sama je setiap kali menyanyi.. Tak boleh menyanyi dalam high noted, Amyra dapat lirik macam baca skrip waktu berlakon..

Tak salah kalau pelakon nak mencuba, tapi kalau dah memang suara tu tak sedap tak payah nak memperbodohkan peminat dengan hasilkan lagu macam ni.. Peminat dah boleh nilai suara penyanyi yang tak sedap dengan suara penyanyi yang betul-betul berkualiti..

Ada artis mula buka bisnes tudung, artis lain terkejar-kejar ikut jual tudung.. Bila ada artis mula menyanyi, artis lain ikut nak jadi penyanyi.. Peminat nak cari penyanyi berkualiti macam Shila Amzah dan Yuna, sampai terkenal di luar negara.. Pelakon nak jadi penyanyi ni bukan bakat terpendam, ini bakat ‘terendam’..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top